Barangan asas di pasar raya Sabah & Sarawak mencukupi
Selepas lebih seminggu pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tinjauan di beberapa pasar raya sekitar Padawan dan Kuching mendapati stok barangan asas di bawah pemberian itu seperti beras, gula, minyak masak dan telur adalah mencukupi bagi menampung permintaan penduduk setempat.