Skip to main content
Advertisement
Inovasi UPSI: Sistem Penilaian Hafazan al-Quran (SPHQ-MyQiz)

Inovasi UPSI: Sistem Penilaian Hafazan al-Quran (SPHQ-MyQiz)

Penilaian hafazan al-Quran yang sistematik dan seragam penting bagi memastikan kualiti pendidikan tahfiz terus terpelihara. Bagi memenuhi keperluan itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membangunkan Sistem Penilaian Hafazan al-Quran atau SPHQ-MyQiz, iaitu satu sistem yang menyediakan kaedah pentaksiran lebih tersusun, telus dan boleh diukur. Penilaian merangkumi enam dimensi utama iaitu kesediaan, kelancaran, kefasihan, tajwid, ingatan dan sikap, sekali gus membantu guru memantau perkembangan hafazan pelajar serta meningkatkan mutu pendidikan tahfiz.