AWANIByte: Unifi Business bantu PMKS berkembang dalam ekonomi digital
Sempena Hari PMKS 2026 yang disambut setiap 27 Jun, tumpuan turut diberikan kepada usaha membantu PMKS mempercepatkan transformasi digital agar terus berkembang dan kekal relevan.
Naib Presiden Unifi Business, Dr. Mohamad Yusman Ammeran berkata sektor PMKS menyumbang hampir 40 peratus kepada KDNK negara serta menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih lapan juta rakyat Malaysia. Justeru, pelbagai inisiatif termasuk promosi produk tempatan dan sokongan pemasaran diperhebat bagi membantu PMKS berkembang, di samping menggalakkan rakyat Malaysia terus menyokong perniagaan tempatan.