[Data & Statistik] KDNK PMKS berkembang 5.7%, sumbang 39.7% pada 2025
KDNK PMKS Malaysia berkembang sebanyak 5.7 peratus mengatasi pertumbuhan keseluruhan KDNK Malaysia pada 5.2 peratus. Nilai ditambah yang dijana oleh PMKS meningkat kepada RM689.8bilion berbanding RM652.8bilion pada tahun 2024, mewakili 39.7 peratus daripada KDNK Malaysia.