AWANIByte: Unifi Business perkenal NetShield, perlindungan siber untuk PMKS
Naib Presiden unifi Business, Dr. Mohamad Yusman Ammeran berkata, NetShield diperkenalkan bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menangani ancaman siber seperti phishing (pancingan data) dan malware (perisian hasad) menerusi perlindungan rangkaian 24 jam yang beroperasi secara automatik.