Skip to main content

Advertisement

Bazar Raya NADI 2026 diadakan di 1,098 Lokasi Seluruh Negara

Bazar Raya NADI 2026 diadakan di 1,098 Lokasi Seluruh Negara

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) meluaskan peranannya sebagai platform ekonomi komuniti dengan penganjuran Bazar NADI 2026 di 1,098 pusat seluruh negara sempena Aidilfitri. MCMC memaklumkan program tahun ini menyasarkan penyertaan 10,000 usahawan, sekali gus menggandakan jumlah penyertaan berbanding tahun sebelumnya.