Beberapa kawasan di Indonesia terus catat kualiti udara berbahaya
Kualiti udara berbahaya terus melanda beberapa wilayah di Kalimantan dan Sumatera susulan kebakaran hutan serta tanah. Sebanyak 437 titik panas dikesan, manakala puluhan pesawat digerakkan bagi operasi pemadaman dan pengubahsuaian cuaca.