Bekas COO TH mengaku tidak bersalah terima kos pengubahsuaian rumah lebih RM300,000
Bekas Ketua Pegawai Operasi COO Lembaga Tabung Haji TH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini atas tiga pertuduhan menerima benda berharga sebagai penjawat awam iaitu kos pengubahsuaian rumah berjumlah lebih 300 ribu ringgit.