Belanjawan 2027: Kestabilan dasar kunci tarik pelaburan jangka panjang
Malaysia memiliki infrastruktur, teknologi dan kepakaran yang mencukupi untuk menarik pelaburan, namun kestabilan dasar kekal menjadi faktor utama yang dinilai pelabur. CEO dan Pengasas Bersama SoyaCincau, Amin Ashaari berkata pelabur memerlukan jaminan bahawa polisi strategik negara kekal konsisten dalam tempoh jangka panjang bagi membolehkan mereka merancang pelaburan dengan lebih yakin.