Belum sesuai PRU16, PKR perlu pulih sokongan rakyat - Hassan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengelak tindakan tergesa-gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ia berisiko memberi impak kepada kerajaan Pusat serta jentera parti kerana masih terkesan dengan keputusan pilihan raya di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.