Beri ruang KIR urus komitmen kewangan penjagaan ahli keluarga
Pengerusi Biro Kesihatan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Dr Davina Markus berkata peluasan pelepasan cukai individu bagi perbelanjaan penjagaan selepas bersalin serta pusat jagaan ibu bapa dan datuk nenek antara inisiatif Belanjawan 2027 yang dilihat memberi ruang kepada ketua isi rumah mengurus komitmen kewangan penjagaan ahli keluarga.