Skip to main content

Malaysia

Pelan Induk JS-SEZ dalam penyelarasan akhir, bakal dilancarkan awal tahun 2027

Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi. - Gambar fail/BERNAMA
Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Ekonomi. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Persiapan bagi pelancaran Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini memasuki fasa penyelarasan akhir antara Malaysia dan Singapura dan pelan itu dijangka dilancarkan pada awal tahun depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata langkah itu bagi memastikan pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. 

Katanya perkembangan JS-SEZ juga akan menjadi antara agenda penting yang dibincangkan dalam Pemukiman Pemimpin Tahunan Malaysia-Singapura yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan. 

Advertisement

Beliau berkata inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama ekonomi, merancakkan aktiviti pelaburan serta mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan berkualiti yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

-- BERNAMA

Advertisement

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement