Indeks Sentimen PKS: Tinjauan separuh tahun pertama 2025
Menurut SME Bank, hasil tinjauan Indeks Sentimen PKS bagi separuh pertama tahun 2025 mencatatkan skor 55.2, sedikit menurun berbanding 55.8 pada separuh kedua 2024, namun kekal melebihi paras neutral 50. Ini menandakan tahap keyakinan yang stabil dalam kalangan usahawan di seluruh negara.