awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Dodgers halang ejen imigresen masuk stadium LA di tengah protes antipenguatkuasaan
DUNIA
Pakar PBB kecam serangan Israel ke atas Iran, seru penghentian segera konflik
DUNIA
Ketua Nuklear PPB beri amaran serangan Israel ke atas loji Bushehr Iran boleh cetus bencana serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SC tambah 59 nama dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama

Bernama
Bernama
20/06/2025
20:30 MYT
SC tambah 59 nama dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama
Mohammad Faiz berkata, SC turut bekerjasama rapat dengan MCMC bagi menyekat laman sesawang dan akaun media sosial yang bersifat memperdaya. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menambah sebanyak 59 nama baharu ke dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras aktiviti penipuan pelaburan yang semakin berleluasa.
Pengerusinya, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, langkah ini dilaksanakan selari dengan tindakan menyekat laman sesawang dan halaman media sosial yang dikenal pasti bersifat penipuan.
"Pada 2024, kami telah menyenarai sebanyak 273 nama dan bagi suku pertama, sebanyak 59 nama lagi ditambah," katanya semasa merasmikan program Bersama InvestSmart@Pahang 2025, pada Jumaat.
Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib.
Mohammad Faiz berkata, SC turut bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyekat laman sesawang dan akaun media sosial yang bersifat memperdaya.
"Tahun lepas, kami menyekat 153 laman web dan 261 halaman media sosial, manakala bagi suku pertama 2025, 29 laman web dan 91 akaun media sosial telah disekat.
"Angka ini menunjukkan betapa aktif dan seriusnya kami menangani aktiviti haram yang berlaku setiap hari," katanya.
Setakat Mei 2025, SC telah menerima sebanyak 1,218 aduan dan pertanyaan berkaitan penipuan pelaburan.
Mohammad Faiz turut mengingatkan orang awam agar berwaspada terhadap penipuan pelaburan yang mempergunakan nama patuh syariah untuk meraih kepercayaan, dengan memanipulasi sentimen keagamaan.
Bertemakan "Bijak Labur, Hidup Makmur", program yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini itu, menghimpunkan wakil kerajaan, pemain industri pasaran modal dan pengawal selia sebagai sebahagian daripada inisiatif libat urus pelabur oleh SC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#MCMC
#pelaburan
#suruhanjaya sekuriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami