Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi kempen ‘Cerita Mereka, Jiwa Malaysia’ sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 mengetengahkan perjalanan usahawan daripada pelbagai latar belakang dan budaya dalam membina kehidupan melalui perniagaan, sekali gus menyorot semangat rakyat Malaysia untuk bangkit, berdikari dan menyumbang kepada komuniti.