Jiwa SME 2026: Usahawan mikro boleh jual, pitch dan strim serentak di pentas digital.
Platform keusahawanan Jiwa SME 2026 kini melangkah ke fasa baharu apabila tampil sebagai ekosistem “live commerce” bersepadu yang menggabungkan pameran fizikal, siaran langsung digital dan aktiviti perniagaan interaktif dalam satu platform, sekali gus mengubah cara usahawan mikro memasarkan produk mereka.