Seekor buaya tembaga seberat kira-kira 250 kilogram berjaya ditangkap selepas hampir seminggu dipantau di Kolam Tadahan Krubong. Operasi selama lima jam itu melibatkan PERHILITAN dan BKSA, sekali gus menjadi tangkapan pertama direkodkan di kawasan berkenaan. Kejayaan ini hasil kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.