Cuba sekali lagi berdepan gangguan bekalan elektrik di seluruh negara selepas sistem grid nasional gagal berfungsi sepenuhnya. Insiden itu merupakan gangguan kedua dalam tempoh seminggu dan keempat sepanjang tahun ini, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap rakyat yang sedang berdepan krisis tenaga dan kekurangan bahan api.