Dua lelaki ditahan, objek serupa pistol dijumpai dalam MPV
Polis menahan dua lelaki selepas siaran langsung di TikTok memaparkan objek menyerupai pistol dalam sebuah MPV yang terlibat dalam kemalangan maut di Merbok. Siasatan turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah serta mempunyai rekod kesalahan lampau.