Polis lumpuhkan rangkaian edar rokok seludup, dua lelaki ditahan
Polis melumpuhkan rangkaian penyimpanan dan pengedaran rokok seludup dengan menahan dua lelaki serta merampas pelbagai barangan bernilai RM1.49 juta, dalam Ops Taring Alpha 1 di sekitar Lembah Klang, pada Sabtu.