Exco Terengganu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan salah guna kedudukan
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Hanafiah Mat, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan salah guna kedudukan berhubung dakwaan melibatkan pelantikan dua anaknya di syarikat berkaitan kerajaan negeri. Beliau ditahan SPRM selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman dan mendakwa telah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.