Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dalam saingan Grand Prix (GP) Aragon di Sepanyol pada Ahad.
Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menamatkan saingan di Litar MotorLand Aragon dengan catatan 33 minit 29.754 saat, iaitu 14.284 saat di belakang pemenang perlumbaan, Maximo Quiles dari Sepanyol.