Hakim Danish kutip tiga mata berharga di Grand Prix Sepanyol
Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli berjaya mengutip tiga mata selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol di kedudukan ke-13 di Litar Jerez pada Ahad.
Bermula dari petak ke-10, pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu cuba mencabar kelompok hadapan, melengkapkan perlumbaan 19 pusingan dengan ketinggalan 12.584 saat di belakang juara, Maximo Quiles dari pasukan CFMOTO Gaviota Aspar.