Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kini tampil dengan fasiliti yang lebih moden dan selesa selepas projek menaik taraf Bilik Saringan dan Dewan Bersalin di Bangunan Labour & Delivery selesai. Perkhidmatan rasmi bagi ibu dan bayi kembali dibuka Khamis lalu, menandakan transformasi hospital utama negeri ini.