Indonesia tegaskan kesediaan bertindak sebagai 'pengantara berkecuali'
Semasa pertemuan yang dimulakan oleh Bahrain, yang kini memegang jawatan Presiden Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Menteri Luar Indonesia Sugiono menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat, sambil memberi amaran bahawa keadaan itu boleh meningkatkan ketidaktentuan keselamatan bukan sahaja di rantau berkenaan malah di peringkat global.