Iran, Oman capai perjanjian, harga minyak dunia meningkat
Kenaikan harga minyak berterusan apabila pasaran memerhatikan perkembangan perjanjian Iran dan Oman bagi mengawal laluan kapal di Selat Hormuz. Perjanjian yang berada di peringkat akhir itu turut menimbulkan persoalan mengenai tindak balas Amerika Syarikat berikutan serangan ke atas kapal tangki Iran pada hujung minggu.