Iran tawar ganjaran jika serahkan juruterbang AS hidup-hidup
Pihak berkuasa Iran mengumumkan tawaran ganjaran kepada orang awam yang berjaya menangkap dan menyerahkan juruterbang musuh secara hidup, susulan laporan sebuah pesawat pejuang Amerika Syarikat ditembak jatuh di ruang udara Iran. Insiden itu merupakan kejadian pertama seumpamanya sejak konflik berkenaan bermula hampir lima minggu lalu.