Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
berita tempatan
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 November 2026.

  1. AGC perlu kemukakan afidavit balas berhubung isu tahanan rumah Najib - Saifuddin Nasution

    Dokumen minit mesyuarat Lembaga Pengampunan perlu diklasifikasikan sebelum digunakan dalam penyediaan afidavit balas oleh Peguam Negara.

  2. 24,936 banduan dibebaskan melalui PBSL, atasi kesesakan penjara

    Inisiatif itu antara pendekatan dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia susulan kapasiti penjara yang tidak mampu menampung jumlah penghuni ketika ini.

  3. BN serah urusan pelantikan Ismail Lasim kepada Yang di-Pertuan Besar N9

    BN akan mencari jalan penyelesaian terbaik tentang susun atur pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan setelah mendapat perkenan Baginda.

  4. JPS ramal banjir di empat jajahan Kelantan bermula 24 Nov

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan kejadian banjir di empat jajahan di Kelantan bermula 24 hingga 27 Nov ini susulan analisis data hidrologi model ramalan banjir.

  5. Kerajaan laksana pemeriksaan 100 peratus penerbangan ke destinasi berisiko dadah

    Kerajaan melaksanakan pemeriksaan 100 peratus terhadap penumpang dan bagasi bagi penerbangan ke destinasi yang dikenal pasti sebagai sasaran penghantaran dadah dalam usaha memperketat kawalan di pintu masuk negara.

  6. Ismail Lasim tidak sihat, sedang terima rawatan di hospital

    Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dilaporkan tidak sihat dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital, di sini.

  7. Kawal premium insurans tidak akan selesaikan kenaikan kos kesihatan - BNM

    Usaha mengawal premium insurans perubatan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah peningkatan kos penjagaan kesihatan, memandangkan kos asas bagi rawatan itu sendiri juga perlu ditangani, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

  8. Bendera merah di empat pantai di Kelantan, ombak melebihi 1.5 meter

    Empat pantai peranginan di Kelantan, iaitu Pantai Geting, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama dan Pantai Bisikan Bayu dipasang bendera merah berikutan keadaan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 1.5 meter.

  9. Bomba waspada risiko banjir susulan air pasang besar malam ini

    Fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku malam ini meningkatkan risiko banjir di sekitar Sabak, Pengkalan Chepa selepas beberapa kawasan dinaiki air sehingga 0.5 meter petang Ahad.

  10. Orang ramai dinasihat waspada akaun palsu KSU Perbendaharaan di Threads

    Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak terperdaya dengan akaun media sosial palsu yang menggunakan nama serta gambar Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Must Watch Video

Advertisement