Iran menegaskan perjanjian sementara yang dicapai dengan Oman tidak bermakna Selat Hormuz telah dibuka sepenuhnya kepada pelayaran antarabangsa. Tehran berkata pembukaan penuh laluan strategik itu bergantung kepada tindakan Amerika Syarikat untuk kembali mematuhi komitmen di bawah memorandum persefahaman sedia ada.