Konflik Asia Barat: Selat Hormuz akan dibuka tetapi terikat dengan ‘teori orang gila’ - Penganalisis
Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Mohd Mizan Aslam berkata Selat Hormuz tidak akan ditutup untuk selama-lamanya memandangkan Iran dan negara-negara teluk bergantung kepada aktiviti perdagangan di laluan perairan berkenaan. Namun, beliau menegaskan pembukaan selat berkenaan secara kekal bergantung kepada kepimpinan Amerika Syarikat (AS) yang rasional dan tidak meletakkan keuntungan peribadi sebagai kepentingan utama. #AgendaAWANI