Skip to main content

Advertisement

Israel berisiko lakukan pemindahan paksa di Lubnan -  HRW

Israel berisiko lakukan pemindahan paksa di Lubnan - HRW

Human Rights Watch memberi amaran bahawa rancangan Israel untuk meluaskan zon penampan di selatan Lubnan berisiko membawa kepada jenayah perang berupa pemindahan paksa penduduk awam, sepertimana yang dilaporkan berlaku di Gaza. Amaran itu susulan kenyataan pegawai kanan Israel, termasuk Menteri Pertahanan Israel, yang menyebut kemungkinan penduduk tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, selain kebimbangan terhadap ketiadaan jaminan perlindungan kepada orang awam yang dipindahkan.