iTEKAD Kerjaya: Perkasa golongan rentan ke pasaran kerja
Mendapatkan pekerjaan hanyalah langkah pertama. Cabaran sebenar ialah memastikan seseorang mampu kekal bekerja, meningkatkan kemahiran dan membina ketahanan kewangan dalam jangka panjang.
Bank Negara Malaysia memperkenalkan iTEKAD Kerjaya bagi membantu golongan rentan bukan sahaja memperoleh pekerjaan yang stabil, malah memperkukuh simpanan, kemahiran dan daya tahan kewangan.
Ikuti temu bual bersama Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid, dalam Niaga AWANI yang mengupas bagaimana inisiatif ini dapat merapatkan jurang kemahiran, memenuhi keperluan majikan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.