Skip to main content
Advertisement
JIM Sabah hantar pulang 5,915 PATI ke negara asal

JIM Sabah hantar pulang 5,915 PATI ke negara asal

Jabatan Imigresen (JIM) Sabah setakat ini telah menghantar pulang 5,915 pendatang tanpa izin ke negara asal menerusi program pemindahan tahanan asing.

JIM Sabah dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, warga Filipina mencatatkan jumlah tertinggi seramai 3,974 orang, diikuti warga Indonesia 1,629.