Skip to main content
JKN Pahang jamin operasi Hospital Rompin kekal lancar

JKN Pahang jamin operasi Hospital Rompin kekal lancar

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memberi jaminan bahawa operasi dan perkhidmatan kesihatan di Hospital Rompin tidak terjejas susulan perhimpunan melibatkan pekerja sebuah syarikat bukan konsesi. Isu tunggakan gaji yang dibangkitkan pekerja terbabit dilaporkan telah diselesaikan selepas pembayaran dibuat oleh pihak pengurusan syarikat.