Operasi LNG PETRONAS di Bintulu kekal lancar
PETRONAS memaklumkan bahawa operasi gas asli cecair (LNG) di kemudahannya di Bintulu, Sarawak berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan bekalan. Syarikat itu turut menegaskan komitmen terhadap keselamatan susulan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperketat kawalan di semua kemudahan LNG di lokasi berkenaan.