Skip to main content
Johor Memilih: Maszlee Malik berdepan saingan lima penjuru di DUN Puteri Wangsa

Johor Memilih: Maszlee Malik berdepan saingan lima penjuru di DUN Puteri Wangsa

Calon Menteri Besar Johor Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik berdepan saingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Bekas Menteri Pendidikan itu berdepan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) iaitu Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa, Rashifa Aljunied; Nicholas Paul Vincent (Parti Bersama Malaysia), Teow Chia Ling (Barisan Nasional) dan calon bebas, Wang Wee Siong.