Skip to main content

Dunia

Beberapa sekolah di Itali dikosongkan susulan e-mel ancaman bom baharu

Beberapa sekolah di Itali telah dikosongkan, manakala pemeriksaan masih dijalankan di sekolah lain. - Gambar hiasan
Beberapa sekolah di Itali telah dikosongkan, manakala pemeriksaan masih dijalankan di sekolah lain. - Gambar hiasan
Advertisement

ROM: Beberapa sekolah di Itali dikosongkan selepas menerima e-mel ancaman bom baharu pada Khamis, melibatkan beberapa kawasan termasuk wilayah Veneto, Liguria, Umbria dan Lazio serta Sicily, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita ANSA, beberapa sekolah telah dikosongkan, manakala pemeriksaan masih dijalankan di sekolah lain.

Akhbar Itali Corriere della Sera melaporkan bahawa sebanyak 1,803 institusi pendidikan setakat ini menerima e-mel ancaman bom, berdasarkan angka sementara.

Advertisement

Menurut laporan media, semua e-mel ancaman itu ditandatangani dengan nama “Mikhail Andropov”, iaitu nama sama yang digunakan dalam e-mel yang dihantar pada Rabu.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement