JPL: Teknologi yang menghubungkan bumi dengan angkasa lepas
NASA menerusi Jet Propulsion Laboratory (JPL) mengendalikan Deep Space Network, rangkaian antena gergasi di California, Sepanyol dan Australia yang membolehkan komunikasi berterusan dengan kapal angkasa jauh. Pada masa sama, penyelidik kelahiran Malaysia, Dr Darmindra Arumugam, membangunkan teknologi sensor atom Rydberg yang lebih kecil dan boleh ditala untuk aplikasi penderiaan jauh Bumi serta planet.