[TERKINI] Jepun, AS keluar amaran tsunami lepas gempa bumi 8.7M
Jepun dan AS mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi kuat 8.7 magnitud menggegarkan Semenanjung Kamchatka, Rusia. Gelombang setinggi 3 meter dijangka melanda Hawaii, Guam dan pantai Jepun. Pihak berkuasa mengarahkan pemindahan segera penduduk di kawasan pesisir.