Skip to main content

Advertisement

Jumlah mangsa banjir Sabah menurun

Jumlah mangsa banjir Sabah menurun

Jumlah mangsa banjir di Sabah menunjukkan penurunan melibatkan dua daerah dengan 2,852 mangsa daripada 1,406 keluarga sehingga jam 6 pagi Isnin. Pitas kekal sebagai daerah paling terjejas dengan 2,657 mangsa di 11 PPS, manakala Tawau merekodkan sedikit peningkatan kepada 195 mangsa. Semua PPS di Kota Marudu pula telah ditutup selepas keadaan pulih sepenuhnya.