Kebocoran paip air punca lubang benam di laluan Metro Shanghai
Satu lubang benam berlaku di Shanghai, China dalam tempoh kurang 24 jam selepas kebocoran paip air dikesan di laluan metro Jiamin. Pihak Berkuasa Tempatan Minhang mengesahkan, kebocoran berlaku antara Stesen Jalan Qixin dan Stesen Jalan Xinjian di laluan metro yang masih dalam pembinaan.