Kedudukan dua ADUN dipecat Bersatu dalam kerajaan Kedah kekal
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammd Sanusi memaklumkan, kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis yang dipecat daripada Bersatu di dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah masih kekal seperti biasa.