Skip to main content

Malaysia

35 warga asing dipercayai terbabit sindiket 'love scam' dan pelaburan emas ditahan

Polis turut merampas 119 telefon bimbit dan tiga komputer riba berserta pengecas yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan sindiket tersebut yang kesemuanya bernilai RM60,000.
Polis turut merampas 119 telefon bimbit dan tiga komputer riba berserta pengecas yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan sindiket tersebut yang kesemuanya bernilai RM60,000.
Advertisement

GEORGE TOWN: Polis menahan 35 warga asing yang disyaki terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian membabitkan kegiatan love scam dan pelaburan emas menerusi serbuan di dua kediaman yang dijadikan pusat panggilan di Bayan Lepas di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata suspek terdiri daripada 33 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki warga Taiwan itu ditahan dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Pulau Pinang.

Beliau berkata polis turut merampas 119 telefon bimbit dan tiga komputer riba berserta pengecas yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan sindiket tersebut yang kesemuanya bernilai RM60,000.

Advertisement

"Siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai mula beroperasi sejak September lepas dengan menyasarkan wanita warga China berusia antara 18 hingga 46 tahun menerusi aplikasi Telegram

“Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 serta Seksyen 120B Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, Anuwal berkata polis melakukann siasatan lanjut berhubung kemalangan membabitkan sebuah bas Rapid Penang dan motosikal di Jalan Mayang Pasir, di sini malam tadi, yang mengorbankan seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun.

Beliau berkata polis mendapatkan keterangan saksi, meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan yang terlibat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau membahayakan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement