Kerajaan wajar ada akses kepada rekod transaksi individu untuk sasar subsidi - Penganalisis
Pakar Ekonomi Universiti Kuala Lumpur Business School, Prof. Madya Mejar Dr. Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata kerajaan wajar mendapat akses kepada rekod transaksi bulanan individu untuk menilai trend pendapatan dan perbelanjaan isi rumah. Jelasnya, data tersebut membolehkan penyasaran subsidi secara lebih saksama mengikut kemampuan kewangan sebenar setiap isi rumah.