Kes Altantuya: Pendengaran semakan kehakiman ditangguh ke 12 Januari 2027
Peguam, Sangeet Kaur Deo yang mewakili bapa mendiang Altantuya Shaariibuu, Dr Shaariibuu Setev berkata penangguhan itu dibuat selepas responden memohon kebenaran untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavit yang difailkan pihaknya pada pagi Selasa.