Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 7.2 magnitud landa kepulauan Maluku, Indonesia

Data yang disiarkan di laman sesawang agensi itu menunjukkan gempa bumi berkenaan berlaku pada 4.42 petang waktu Indonesia Barat, dengan pusat gempa terletak di perairan 43 kilometer barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya pada kedalaman 125 kilometer. Foto X @infoBMKG

Ringkasan AI

  • Gempa bumi bermagnitud 7.2 melanda Kepulauan Maluku, timur Indonesia pada petang Sabtu menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).
  • Pusat gempa terletak 43 kilometer barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya pada kedalaman 125 kilometer.
  • BMKG mengesahkan tiada ancaman tsunami namun menasihatkan penduduk berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.
Advertisement

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda Kepulauan Maluku di timur Indonesia pada petang Sabtu, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

Data yang disiarkan di laman sesawang agensi itu menunjukkan gempa bumi berkenaan berlaku pada 4.42 petang waktu Indonesia Barat, dengan pusat gempa terletak di perairan 43 kilometer barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya pada kedalaman 125 kilometer.

BMKG memaklumkan bahawa gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami, namun menasihatkan penduduk supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement