Keselamatan jalan raya: 'Political will' sahaja tidak mencukupi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keselamatan jalan raya ialah agenda nasional yang tidak wajar dipolitikkan kerana memerlukan komitmen seluruh masyarakat, bukan sekadar kehendak politik.
Beliau berkata lebih 6,000 nyawa terkorban di jalan raya setiap tahun dan menegaskan kementerian akan terus memperkukuh undang-undang serta penguatkuasaan bagi menangani kemalangan termasuk lumba haram.