Skip to main content

Dunia

Naib Presiden Filipina tolak kemungkinan letak jawatan meskipun berdepan prosiding pendakwaan

Sara Duterte bercakap pada sidang media di pejabatnya di Manila, Filipina, 27 Nov 2026. (Foto AP)
Sara Duterte bercakap pada sidang media di pejabatnya di Manila, Filipina, 27 Nov 2026. (Foto AP)
Advertisement

MOSCOW: Naib Presiden Filipina Sara Duterte pada Jumaat menolak kemungkinan meletak jawatan meskipun prosiding pendakwaan terhadapnya sedang berjalan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Perkara itu tidak mungkin berlaku. Saya tidak boleh berbuat demikian kerana saya merasakan bahawa jika saya meletak jawatan sebagai Naib Presiden, tindakan itu merupakan satu pengkhianatan terhadap 32.2 juta rakyat yang mengundi saya dan sudah tentu, orang ramai secara amnya,” kata Duterte seperti dipetik Manila Bulletin.

Sara Duterte, anak perempuan bekas Presiden Rodrigo Duterte, dituduh terlibat dalam kesalahan rasuah, penyalahgunaan dana awam kira-kira US$10.5 juta serta membuat ugutan terhadap Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr.

Advertisement

Duterte menolak dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai penganiayaan politik.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement