Konflik Asia Barat: Harga minyak dunia naik 2 peratus
Harga minyak dunia melonjak sekitar dua peratus pada Selasa ke paras tertinggi dalam tempoh empat minggu susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan semula sekatan laut terhadap Iran, selain peningkatan serangan antara kedua-dua negara di kawasan strategik Selat Hormuz.