Konflik Yaman paksa 142,000 penduduk tinggalkan kediaman
PBB memberi amaran bahawa konflik yang semakin memuncak di Yaman telah menyebabkan kira-kira 142,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan sistem kesihatan negara itu. WHO turut meningkatkan amaran mengenai risiko wabak kolera susulan keadaan sesak dan sanitasi yang lemah di kem penempatan sementara.